Infografik tentang Sang Kancil – Projek Koridor Minda Sempena Bulan Bahasa 2017

Advertisements

Satu percubaan yang nampaknya telah memberi kesan

Sejak awal tahun ini, saya telah mencuba teka-teki pemikiran lateral dalam kelas sebagai salah satu cara untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

Selain menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan melibatkan diri secara aktif dalam kelas, melalui teka-teki pemikiran lateral ini, saya telah juga cuba selitkan nilai-nilai dan kesedaran terhadap kemahiran-kemahiran yang amat diperlukan pada abad ke-21 ini.

Jadi setelah meluangkan masa yang agak lama dalam menghasilkan teka-teki pemikiran lateral yang dapat disesuaikan dalam pengajaran dalam kelas ( berdasarkan modul, topik, objektif pengajaran pada hari tersebut) bagaimanakah saya tahu pendekatan saya berkesan? 

Kelmarin, saya menguji pelajar penggunaan perkataan mangkat, wafat, mati dan meninggal dunia. Dengan menggunakan slaid, saya tunjukkan perkataan-perkataan ini satu persatu. Apabila saya suruh pelajar terangkan penggunaan perkataan meninggal dunia..  seorang pelajar mengatakan..

“Oh itu angkasawan cikgu”

Pelajar lain terfikir sebentar dan setelah beberapa saat, mereka tertawa..

dan mengatakan … “Wah!idea untuk Lateral thinking!”

Bagi saya, itulah petanda bagi menunjukkan bahawa mereka sudah terkesan daripada pengalaman pembelajaran dengan menggunakan teka-teki pemikiran lateral. Mereka telah menghargai respons kepada perspektif yang kreatif !

Bagi mereka yang ingin membaca dengan lebih lanjut lagi tentang pemikiran lateral bolehlah baca pautan berikut. Bagi mereka yang ingin mengalami sendiri cara teka-teki pemikiran lateral digunakan dalam kelas, nantikan bengkel saya pada tahun depan.sekiranya anda berminat untuk mendapat maklumat berkenaan dengan bengkel tersebut, harap tinggalkan nama anda di sini https://goo.gl/forms/0fRzoIeplEmXG9Ty1

Terima kasih dan

Selamat malam semua!

https://yokoyoo.wordpress.com/2010/01/13/pemikiran-lateral-oleh-dr-edward-de-bono-apakah-itu-pemikiram-lateral/

Mengajar pelajar menulis karangan dengan cara yang meyakinkan

https://samakata.wordpress.com/2016/03/11/teknik-menulis-secara-persuasif/?iframe=true&preview=true&blogsub=confirming#blog_subscription-3

Berdasarkan 10 perkara yang telah disenaraikan saya rasa item 2. Alasan
6. Stimulasi dan menyelesaikan  dan 7. meramalkan paling mudah lagi berkesan untuk diajarkan kepada pelajar.

Sebelum ini, saya pernah terbaca 2 teknik untuk menulis dengan meyakinkan ialah 1. Berbicara secara Rasioanal 2. Mempengaruhi dan memujuk.

Saya akan buat beberapa kajian lagi dan akan juga membina bahan sendiri untuk dicuba di kelas nanti… 
Sekiranya ada guru yang sudi berkongsi teknik-teknik yang telah dicuba bolehlah kongsi di sini!

Nantikan pos saya pada bulan Julai nanti.

Membawa realiti dunia ke bilik darjah

Dalam membuat perancangan kurikulum bagi pengajaran Bahasa Melayu, sering kali kita sebagai guru akan menyusun topik-topik perbincangan mengikut tema-tema tertentu. Sebagai contoh, bagi penggal 1, mungkin kita akan membincangkan tema keluarga dan penggal 2 pula, kita akan membuat perbincangan berdasarkan tema masyarakat, persekitaran dan lain- lain. Cabaran yang dihadapi ramai guru ialah untuk menghubungkaitkan tema-tema penting agar pelajar akan dapat lihat kesinambungan dan kaitan antara isu-isu dalam tema- tema penting ini.

Tahun ini, pendekatan saya untuk menyediakan pelajar dengan lebih baik lagi dalam mengasar kemahiran melihat kaitan dan jalinan antara isu-isu penting adalah dengan membincangkan satu topik yang berkenaan dengan perubahan.

Sering kali kita dapati pelajar kurang mahir membincangkan isu-isu penting yang memerlukan mereka untuk melihat perkara- perkara yang berhubungkait antara satu sama lain. Kemahiran membuat sinthesis sememangnya kemahiran yang beraras tinggi.

Sebagai contoh soalan karangan yang berbentuk :

1. Gaya hidup zaman ini telah mengubah pandangan generasi muda terhadap

i) kehidupan berkeluarga
ii) pelibatan mereka dalam menentukan dasar-dasar pendidikan
iii) pendidikan sebagai kayu ukur kejayaan dalam hidup mereka

Bagaimanakah pendekatan pelajar atau atau guru untuk soalan-soalan yang berbentuk begini?
Saya percaya ramai guru dan pelajar
akan mendapati diri mereka kurang bersedia untuk mendekati soalan berbentuk begini kerana kemahiran aras tinggi diperlukan untuk menjawab soalan begini dengan baik. Mereka mungkin telah mengikuti hal ehwal semasa dan rajin membaca tentang topik keluarga, dasar-dasar pemerintah dan pendidikan namun adakah mereka telah membuat pemerhatian tentang perubahan yang sedang berlaku? Dapatkan mereka mengenal pasti trend? Mampukah mereka dengan matang membincangkan isu ini?

Pada pendapat saya, membincangkan isu perubahan ialah sesuatu yang penting dan relevan bagi pelajar dan inilah yang saya maksudkan dengan membawa realiti dunia ke dalam bilik darjah. Apabila kita memberi tumpuan kepada perubahan yang sedang berlaku di dalam negara dan di dunia, pelajar akan dapat lihat secara langsung bahawa perlunya bagi diri mereka untuk bijak memerhatikan tentang perubahan yang sedang pesat berlaku dan seterusnya untuk bertanya kepada diri mereka bagaimana perubahan ini akan menjejas diri mereka? Pada saya hal ini juga penting kerana kebolehan untuk melihat trend melalui pemerhatian ialah suatu ‘life skills’ yang penting sekali.

Satu ciri kurikulum abad-21 yang juga boleh dikatakan ‘brain compatible curriculum’ ialah apabila terdapat tercapainya keseimbangan dari segi tumpuan pada keperluan pelajar itu dan juga keperluan masyarakat. Oleh itu saya rasa sekiranya guru dapat meluangkan masa untuk memastikan bahawa topik perubahan dibincangkan sebagai tema atau fokus kurikulum, saya percaya pelajar akan dapat banyak manfaat.

Untuk kelas saya, saya hanya perlu bawa ke kelas beberapa suratkhabar Melayu dan mereka akan dapat lihat sendiri perubahan yang sedang berlaku dalam beberapa aspek kepada hampir semua lapisan masyarakat. Saya juga menggunakan peluang ini untuk menimbulkan rasa simpati dan tinggan rasa( empati ) dalam diri pelajar dengan mengajukan soalan. Bagi mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini, bagaimana? Dapatkah kita membantu mereka?

Guru boleh kongsi video belanjawan 2016 untuk menunjukkan respons pemerintah terhadap landskap ekonomi yang sentiasa berubah dan respons masyakat terhadap inisiatif pemerintah itu sendiri.
Guru juga boleh buat case study tentang kejadian-kejadian baru-baru ini yang dapat menonjolkan tentang perubahan mendadak dan kesan kepada masyarakat. Cth.  Isu Grab teksi dan Uber bukan sahaja di Singapura tetapi di seluruh dunia.

Saya harap pada akhir perbincangan pelajar akan dapat lihat bahawa kita perlu sentiasa menyesuaikan dan mempertingkatkan diri untuk mendakap perubahan dan bagi mereka yang tidak dapat menongkah arus perubahan ini, kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka sesungguhnya kita merupakan masyarakat yang penyayang dan inklusif…

Apa pendapat cikgu?

Yok! Kongsi buku

image

Saya sedang dalam perjalanan ke perpusatakaan Ang Mo Kio untuk memulangkan buku ini. Berat hati ini untuk lepaskan buku ini!:( Saya memang ada niat nak kongsi tentang buku ini tetapi terlalu sibuk untuk menulis.
Nantikan pos saya dalam masa yang terdekat ok? Saya akan kongsi bagaimana saya telah cuba melakarkan skema pengajaran untuk tahun ini dengan mengambil beberapa perkara yang dikongsi dalam buku ini.. banyak sekali perkara yang segar, menarik dan sungguh memanfaatkan. Kalau anda semua ingin tahu.. setiap kali saya buat kajian untuk destinasi percutian saya atau ingin mencuba tempat-tempat baharu yang tidak dikenali ramai, saya akan gunakan kata ‘hidden gem’ di enjin
pencarian dan saya akan selalu ditemukan banyak perkara/tempat/sesuatu yang tidak diketahui orang ramai dan sudah pasti baik-baik belaka.
Natijahnya, buku ini boleh dikatakan hidden gem sungguh!  Kalau tidak percaya, bacalah. Untuk guru yang binggung dengan bermacam-macam kaedah pengajaran yang kini hangat dibincangkan.. saya rasa buku ini akan memberi sedikit pencerahan kepada kekaburan bagi aliran manakah yang perlu kita semua ikuti…

Video ini baik sekali sebagai bahan pengajaran dalam kelas bagi membincangkan isu alam sekitar , khususnya tentang kekuatan dan kelemahan Singapura.

 
http://video.toggle.sg/en/embed/348389

Guru boleh menyediakan lembaran kerja untuk membantu pelajar mencungkil isi-isi penting dalam video ini.

Terdapat banyak kaedah yang guru boleh cuba dan gunakan untuk bahan video ini. Antaranya – flipped classroom approach, SDL, e-learning, IMTL portal ( latihan lisan ) dan lain-lain lagi.

Selamat mencuba!

Source: Digit 2015 – Toggle

Digit 2015 – Toggle

Kelas Sastera pertama 2016 …

Untuk memberi inspirasi kepada pelajar agar dapat memulakan penggal 1 dengan semangat yang positif, saya telah menunjukkan mereka video tentang burung Kiwi ini.

Pada bahagian akhir video, burung kiwi telah menitiskan air mata…. Sesungguhnya itulah nikmat bagi mereka yang telah mencapai kejayaan. Sungguh mengharukan sekali!